Create avatar
Kebaikan Memakan Sayur-sayuran
Antara makanan seimbang yang perlu diutamakan adalah sayur-sayuran. Umum mengetahui, sayur-sayuran adalah penting dan sangat baik untuk kesihatan badan, minda dan emosi.
Sayuran hijau seperti sawi, timun, ulam-ulaman dan kacang panjang mempunyai khasiat tersendiri kepada tubuh badan.
Kajian telah menunjukkan melalui sayur-sayuran yang mempunyai banyak serat penting boleh menyelamatkan sehingga 2.7 juta nyawa atau mengurangkan risiko penyakit berbahaya di seluruh dunia sebanyak 1.8 peratus setahun.
5 kebaikan memakan sayur-sayuran adalah seperti:
- Mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Kandungan serat, fitonutrien dan kalium dalam sayur-sayuran membantu melancarkan proses penghadaman.
- Kaya dengan sumber protein dan mineral. Contohnya, sayur bronkoli mengandungi vitamin C dan serat. Selain kebaikan kepada jantung, bronkoli juga dapat meningkatkan tahap antioksidan di dalam badan.
- Baik untuk kanak-kanak kerana mengandungi prebiotik yang merupakan antigen (pemangkin ketahan badan). Dengan memakan sayur-sayuran, kanak-kanak membesar dengan sihat tanpa ada masalah kesihatan seperti semput.
- Membantu minda dan emosi supaya lebih tenang dan melapangkan fikiran. Contohnya, daun salad yang mengandungi karotin, serat dan air dapat membantu melancarkan sistem pernafasan dan mengurangkan rasa dahaga pada badan.
- Menjadi penawar kepada penyakit seperti timun yang mengandungi racun alkoloid. Timun atau mentimun amat berkesan untuk merawat kanak-kanak yang mengalami masalah kecacingan. Sayuran ini juga memberi kebaikan khususnya dalam merawat penyakit batuk.
No comments:
Post a Comment