RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Matapelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 1 Anggerik
Tarikh : 10.10.2011
Masa : 8.45-9.45
Bil. Murid : 28/28
Tema : Rajin Berusaha
Tajuk : Kebun sayur
Standard kandungan : 3.5 Mencatat maklumat yang betul tentang sesuatu perkara
daripada pelbagai sumber.
Standard Pembelajaran : 3.5.1 Mencatat maklumat yang betul daripada pelbagai sumber.
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat:-
1) Mengenal dan menulis nama sayur-sayuran yang terdapat di kertas mahjong.
2) Menulis nama sayur-sayuran yang terdapat di kertas mahjong.
3) Membina ayat yang betul berdasarkan gambar.
Sistem bahasa : Sintaksis
Pengisian kurikulum : Kemahiran Bernilai Tambah
Kontekstual : Menghubungkaitkan isi pelajaran dengan pengalaman sedia
ada murid.
Kecerdasan pelbagai : Interpersonal , verbal linguistik
Penekanan konsep 5p : Penggabungjalinan : kemahiran menulis
Kemahiran bertutur
Kemahiran membaca
BBM : sayur-sayuran , kertas mahjong yang mengandungi gambar
Soalan , latihan ,Sayur- sayuran, kad bacaan,
Langkah /Masa | Isi kandungan | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Catatan |
Set induksi (5 minit) | ‘Kebun Saya’ Guru membawa masuk seorang nenek yang pulang dari pasar. | 1) Guru menanyakan khabar murid. 2) Guru memastikan murid-murid bersedia untuk mempelajari pelajarn hari tersebut. 3) 3) Murid-murid diminta nenek yang masuk ke dalam kelas. 4) Guru menanyakan beberapa soalan kepada murid-murid. 5) murid-murid menjawab soalan yang ditanyakan oleh guru. 6) Dengan jawapan murid, guru memperkenalkan pelajaran hari ini kepada murid. | Kontekstual · Menghubungkaitkan isi pelajaran dengan pengalaman sedia ada murid. Kemahiran bernilai tambah · Kemahiran berfikir BBM · Sayur-sayuran |
Langkah 1 (10 minit) | Kebun sayur ![]() ![]() | 1) Guru menunjukkan kad bacaan yang mengandungi nama sayuran dan namanya. 2) Murid-murid mengenal jenis-jenis sayuran yang telah ditunjukkan. 3) Guru melekatkan kertas mahjong yang terdiri daripada gambar sayuran dan juga nama sayuran. 4) Guru meminta murid –murid dan mengeja perkataan yang ditunjukkan oleh guru. 5) Murid-murid diberi penjelasan supaya mereka memahami maksud perkataan tersebut. | Kecerdasan pelbagai · Interpersonal, verbal linguistik Kemahiran bahasa · Kemahiran membaca BBM · Kad bacaan, kertas mahjong |
Langkah 2 (10 minit) | ‘kebun sayur’ Menulis nama sayuran yang terdapat di kertas mahjong | 1) Murid-murid mengenal pasti nama sayur- sayuran yang terdapat di kertas mahjong. 2) Guru meminta murid memberitahu nama sayuran yang ditunjukkan secara lisan. 3) Murid-murid menulis nama sayur yang telah dilekatkan di kertas tersebut. 4) Selepas menulis murid diminta supaya membaca nama sayuran tersebut. 5) Murid-murid bersama –sama membaca nama sayuran yang dilekatkan . | Kecerdasan pelbagai · Interpersonal Kemahiran bahasa · Kemahiran membaca · Kemahiran menulis BBM · Gambar sayuran |
Langkah 3 (15 minit) | ‘Kebun sayur’ ![]() | 1) Guru memberikan kertas mahjong kepada ketua kumpulan . 2) Murid-murid diminta membina ayat berdasarkan nama sayuran yang telah diberi. 3) Guru membantu murid-murid yang memerlukan bantuan. 4) Murid-murid diminta menghantar seorang wakil untuk menunjukkan hasil kerja mereka. 5) Guru menyemak ayat-ayat tersebut dan meminta murid-murid membaca ayat-ayat yang telah disemak. | Kecerdasan pelbagai · Interpersonal Kemahiran bahasa · Kemahiran membaca · Kemahiran menulis BBM Kertas mahjong |
Langkah 4 (10 minit) | ‘Kebun sayur’ ![]() | 1) Guru memberi lembaran kerja kepada murid-murid. 2) Murid-murid membuat lembaran kerja yang telah diberikan. 3) Guru membimbing murid yang memerlukan bantuan. 4) Guru membincang jawapan dengan murid-murid. | Kecerdasan pelbagai · Interpersonal Kemahiran bahasa · Kemahiran menulis BBM · Kertas mahjong |
Penutup (5 minit) | ‘Kebun sayur’ ![]() ![]() | 1. Guru menyanyikan sebuah lagu. 2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang isi pelajaran hari ini. 3. Murid-murid menjawab soalan guru. 4. Dengan jawapan murid, guru mengakhiri pelajaran hari ini. | Kemahiran bahasa · Kemahiran bertutur BBM · Soalan |
No comments:
Post a Comment