KELEBIHAN MEMAKAN SAYUR-SAYURAN
Sayur-sayuran adalah sumber vitamin, mineral dan serat yang baik.Kebanyakan sayur-sayuran secara semula jadinya kurang mengandungi lemak dan dapat membekalkan zat-zat penting dan bahan-bahan lain seperti serat, yang sangat penting ada kesihatan. Sayur-sayuran ini adalah sumber vitamin C, vitamin E , karotinoid yang terbaik. Ini termasuk sumber yang membentuk vitamin A dan asid folik.
Zat antioksidan (seperti vitamin C, karatinoid, vitamin E dan beberapa jenis mineral) yang terdapat dalam makanan dari tumbuh-tumbuhan, kebelakangan ini, telah menarik minat ramai ahli-ahli sains dan orang ramai kerana ia dikatakan memiliki peranan penting bagi mengurangkan risiko sesetengah penyakit kanser dan beberapa penyakit kronik. Jadi, untuk mengekalkan zat-zat ini janganlah memasak sayur-sayuran terlalu lama kerana dengan berbuat demikian ia akan merosakkan zat-zat tersebut. Sayur-sayuran hendaklah dimakan segar.
Asid folik ataufolate (sebahagian dari vitamin B kompleks) dapat mengurangkan risiko kecacatan kelahiran yang serius. Mineral seperti potasium dan kalsium yang terdapat dalam banyak jenis sayur-sayuran mungkin boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

Gif webcam
pningg kpa|a q crii kbaikan mkann syur"an nhe . adeyhh :3
ReplyDelete